minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SEPETANG BERSAMA YB SAIFUDDIN NASUTION

Pada 15/12/2000 bersamaan hari Jumaat yang lepas, telah berlangsung satu majlis penyampaian zakat oleh YB Saifuddin Nasution kepada penduduk-penduduk miskin di Kampung Keladi. Masyarakat di Keladi berpeluang beramah mesra bersama YB Saifuddin yang berada di Kampung tersebut dari waktu sembahyang Jumaat sehingga waktu berbuka di Masjid Kampung Keladi. 

Selepas sahaja menunaikan sembahyang Jumaat di kampung Keladi, YB dan rombongannya telah melakukan lawatan rumah ke rumah menziarahi penduduk kampung yang uzur dan miskin. Sebanyak 8 buah rumah telah dikunjungi dan penyerahan zakat dilakukan oleh YB. 

Yang menarik sekali adalah ke semua lapan buah rumah yang dikunjungi adalah pengikut UMNO. Kemudian bertempat di PASTI Kampung Keladi, majlis penyampaian zakat dibuat kepada 50 orang penduduk miskin tempatan. Penerima-penerima terdiri dari penyokong-penyokong kedua-dua parti, BA mahupun BN. 

Di samping itu YB juga telah sudi untuk melakukan upacara bercukur kepala seorang penyokong BA yang telah bernazar sempena kemenangan BA di DUN Lunas. Setelah berbuka puasa di Masjid Kampung Keladi, YB ke Masjid Padang Serai pula untuk menunaikan sembahyang terawikh. 

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil bersempena dengan lawatan YB ke kampung Keladi.

 
 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter